Array


 Nasional   

KL2017: Malaysia ungguli carta pingat menjelang upacara perasmian malam ini

pada 19-08-2017 05:08 

Post Pic

 
KUALA LUMPUR: Malaysia masih menungguli carta pungutan pingat emas Sukan SEA ke-29 selepas mengumpul dua lagi pingat gangsa hari ini.
 
Ia disumbangkan menerusi acara maraton lelaki dan sepak takraw acara regu berpasukan.
 
Anggota komando, Muhaizar Mohammad menamatkan kemarau pingat selama 44 tahun dalam acara maraton lelaki apabila menamatkan larian di tempat ke-3, selepas M. Solaimuthu meraih gangsa pada edisi 1973 di Singapura.
 
Sementara itu skuad sepak takraw negara hanya mampu berkongsi pingat gangsa dengan Brunei dalam saingan regu berpasukan selepas Thailand mengekalkan emas yang dimenangi sejak edisi 1993 manakala Indonesia meraih perak.
 
Mengekori tuan rumah dalam carta pungutan pingat adalah Singapura dengan pungutan tiga emas, tiga perak dan tiga gangsa.
 
Tempat ketiga diduduki oleh Thailand dengan kutipan tiga emas, tiga perak dan satu gangsa. 
 
 


Tags : KL2017


Ruangan Komen