Array


 Dunia   

Duterte: Pertempuran di Marawi di peringkat akhir

pada 31-08-2017 01:08 

Post Pic

 
MANILA: Presiden Rodrigo Duterte berkata, pertempuran antara tentera kerajaan dengan kumpulan militan di Marawi yang memasuki hari yang ke-100 hari ini, kini berada di `peringkat akhir’.
 
Beliau berkata demikian selepas pasukan tentera berjaya menguasai jambatan penting di bandar itu sekali gus memudahkan laluan ke kawasan yang dikuasai kumpulan militan berkenaan.
 
"Kita kini berada di peringkat akhir justeru kita akan menghantar segera anggota polis ke Marawi,’’ katanya.
 
Namun beliau memberi amaran, walaupun pertempuran di Marawi akan berakhir kumpulan militan itu tetap melancarkan serangan di bahagian lain di negara ini. - AFP
 



Ruangan Komen