Array


 Dunia   

Rokok elektronik punca letupan di stesen tren

pada 31-08-2017 01:08 

Post Pic

 
LONDON: Satu letupan kecil dilaporkan berlaku di sebuah stesen tren bawah tanah, di sini semalam yang dipercayai berpunca daripada rokok elektronik.
 
Menurut laporan BBC, stesen London Euston terpaksa ditutup selama 90 minit bagi membolehkan Polis Pengangkutan British (BTP) menjalankan siasatan.
 
Tiada sebarang kecederaan dilaporkan setakat ini.
 
Insiden berkenaan menyebabkan perkhidmatan tren tergendala dan orang ramai dinasihatkan supaya menaiki tren di stesen lain untuk ke destinasi masing-masing.
 
Menerusi laman sosial, netizen menceritakan bagaimana orang ramai panik dengan kejadian tersebut.
 
Seorang pengguna Twitter, @rkelwick memberitahu orang ramai mula berlari dan menjerit ketika letupan berlaku.
 
Seorang lagi pengguna Twitter, @SophieNobes pula memaklumkan dia berasa begitu takut dengan insiden yang berlaku.
 
 



Ruangan Komen