../v1/images/news_images_upload/puteri_diana.jpg" is an unsupported source file format! Puteri Diana terus dikenang Array


../v1/images/news_images_upload/puteri_diana.jpg" is an unsupported source file format!

 Dunia   

Puteri Diana terus dikenang

pada 31-08-2017 01:08 

Post Pic

 
LONDON: Ulang tahun ke-20 kematian Puteri Diana disambut hari ini dengan peminat dan rakan menyalakan lilin serta memberi penghormatan di lokasi kemalangannya di Paris.
 
Dua puteranya, William dan Harry, menyambut orang ramai yang membawa bunga tanda peringatan untuk diletakkan di pagar Istana Kensington di London, tempat mereka membesar dengan Diana.
 
Sejurus selepas tengah malam di Paris, segelintir penduduk mengharungi hujan untuk berada di terowong, Pont de l'Alma, lokasi kereta dinaiki Diana merempuh tiang 20 tahun lalu yang meragut nyawa wanita paling terkenal di dunia itu.
 
Seorang lelaki dilihat menyalakan lilin sekitar tugu peringatan Flame of Liberty, yang berada di laluan bawah tanah dan menjadi lokasi suci bagi mendiang Diana.
 
"Diana membawa revolusi. Beliau mengubah keluarga diraja selama-lamanya. Beliau akan sentiasa menjadi puteri rakyat," Sian Croston, 17, menggunakan perkataan digunakan Perdana Menteri Britain ketika itu, Tony Blair, beberapa jam selepas kematian Diana.
 
Kemalangan berlaku pada jam 12.23 pagi 31 Ogos 1997. Ia turut meragut nyawa teman lelaki Diana, Dodi Fayed dan pemandunya, Henri Paul, yang memecut untuk mengelak media. - AFP
 



Ruangan Komen