Array


 Dunia   

PM Britain nafi mahu letak jawatan

pada 31-08-2017 01:08 

Post Pic

 
LONDON: Perdana Menteri Britain, Theresa May, menegaskan beliau akan mengetuai Parti Konservatif berdepan pilihan raya umum akan datang.
 
Pengumuman itu dibuat susulan laporan yang menyatakan beliau bersedia berundur apabila Britain meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) pada 2019.
 
Beliau memberitahu televisyen Sky News laporan berkenaan tidak berasas.
 
May mengadakan pilihan raya umum lebih awal Jun lalu, berharap dapat memanjangkan majoriti mudah Konservatif dan mengukuhkan cengkaman ketika mengadakan rundingan Brexit.
 
Namun, perkara sebaliknya berlaku kerana beliau hilang majoriti dan kini mendapat sokongan parti dari Ireland Utara, Kesatuan Demokratik.
 
Ditanya Perbadanan Penyiaran Eropah (BBC) sama ada beliau berniat membawa Konservatif mengharungi satu lagi pilihan raya yang dijadualkan pada 2022, beliau menjawab: "Ya. Saya di sini untuk jangka panjang."
 
"Ia penting. Apa yang saya dan kerajaan mahu bukan sekadar melaksanakan Brexit. Kami memberikan masa depan lebih cerah kepada United Kingdom," katanya ketika lawatan ke Jepun. - AFP
 



Ruangan Komen