Array


 Dunia   

Semua jemaah haji Malaysia selesai melontar di Jamrah

pada 02-09-2017 12:09 

Post Pic

 
MINA: Kesemua jemaah haji Malaysia telah selesai melakukan lontaran secara berperingkat mengikut jadual yang ditetapkan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) dan pihak Muasasah Asia Tenggara di Kompleks Jamrah, di sini malam tadi.
 
"Alhamdullilah jemaah haji telah selesai melakukan salah satu wajib haji iaitu melontar di Jamrah dan bermabit di Mina ini," kata Pengarah Operasi Masyair 1438 Hijrah, Mohd Norber Kassim. 
 
Kesemua jemaah bermalam di Mina dari 10 hingga 13 Zulhijjah bagi menyempurnakan ibadah melontar di Jamrah Sughra, Jamrah Wusta dan Jamrah Kubra.
 
Melontar di Jamrah merupakan salah satu perkara wajib dalam ibadah Haji.
 
Ia merupakan perkara simbolik daripada perbuatan Nabi Ibrahim yang membaling batu ke arah syaitan yang cuba mengganggu baginda dan anaknya, Nabi Ismail melaksanakan perintah Allah.
 
Nabi Ibrahim membaling batu sebanyak tiga kali kepada syaitan yang cuba menghasut baginda supaya mengingkari perintah Allah untuk menyembelih Nabi Ismail.
 
"Sewaktu aktiviti melontar dilakukan, saya menasihatkan jemaah haji supaya tidak terdedah terlalu lama di kawasan terbuka kerana suhu panas, dibimbangi boleh terkena strok haba, selain menumpukan aktiviti melontar sepenuhnya," katanya.
 
Beliau turut memuji jemaah haji kerana mengikuti segala arahan dan nasihat daripada Tabung Haji dan muasasah.
 


Tags : Jamrah


Ruangan Komen