Array


 Dunia   

Polis siasat jururawat dikasari

pada 02-09-2017 01:09 

Post Pic

 
LOS ANGELES: Polis Utah melancarkan siasatan terhadap rakaman video menunjukkan seorang pegawai polis bertindak kasar menahan seorang jururawat selepas gagal memaksanya mengambil contoh darah daripada individu yang tidak sedarkan diri.
 
Ketua Polis Salt Lake City, Mike Brown, mengetahui mengenai rakaman itu dan mengarahkan siasatan dalaman dilakukan.
 
"Kita sudah menggantung seorang pegawai daripada program pengambilan contoh darah dan menggantikan dasar sedia ada," katanya.
 
Kejadian yang dirakamkan kamera polis menunjukkan jururawat Hospital Universiti Salt Lake City, Alex Wubbles menjerit meminta bantuan selepas diheret secara paksa keluar dari hospital dan kemudian digari.
 
Jurucakap hospital, Suzzane Winchester, berkata jururawat terbabit ditahan selama 20 minit dalam kenderaan polis sebelum dibebaskan susulan campur tangan kakitangan pentadbiran hospital terbabit.
 
Menurut Winchester, contoh darah daripada pesakit hanya boleh diserahkan kepada polis jika pesakit sudah memberikan kebenaran, ditahan atau dengan waran.
 
"Tiada salah satu daripada syarat ini dipatuhi dan Wubbles sudah menjalankan tugasnya mengikut protokol. Ini adalah sesuatu yang di luar kebiasaan. Ia sangat mengecewakan kakitangan kami," katanya.
 
Kejadian berlaku pada 26 Julai lalu tetapi rakaman video itu disiarkan kepada umum kelmarin selepas sidang media Wubbles.
 
Wubbles berasa dikhianati dan marah kerana tindakannya yang cuba mempertahankan pesakit jagaannya. - AFP


Tags : jururawat


Ruangan Komen