Array


 Dunia   

Korea Utara bangunkan bom hidrogen

pada 03-09-2017 11:09 

Post Pic

 
 
SEOUL: Korea Utara mendakwa berjaya membangunkan senjata nuklear pemusnah lebih hebat dan dalam peringkat pemeriksaan, lapor agensi berita tempatan.
 
Pemimpinnya, Kim Jong-un dilaporkan memeriksa bom hidrogen yang akan dimuatkan bersama peluru berpandu balistik rentas benua (ICBM) baru.
 
Agensi berita Korea Utara (KCNA) melaporkan, bom hidrogen dikatakan boleh dilaraskan kepada beberapa ratus kilo tan dan berupaya diletupkan pada ketinggian maksimum.
 
Kebanyakan komponen yang dicipta sendiri membolehkan negara itu membangunkan seberapa banyak senjata nuklear dimahukan. 


Tags : Korea Utara


Ruangan Komen