Array


 Dunia   

Russia tutup premis dagangan di AS

pada 03-09-2017 12:09 

Post Pic

 
WASHINGTON: Ejen Persekutuan Amerika Syarikat (AS) melakukan pemeriksaan misi perdagangan Russia di sini untuk memastikan ia ditutup walaupun mendapat bantahan hebat Moscow.
 
Russia dan AS berdepan pertikaian diplomatik dan pejabat wakil perdagangan adalah sebahagian daripada hartanah yang diarahkan Washington supaya ditutup.
 
Pegawai Russia sudah diberi amaran berhubung pemeriksaan itu dan menurut laporan majalah Foreign Policy, kepulan asap dilihat keluar dari serombong bangunan itu kelmarin, dipercayai hasil pembakaran dokumen penting.
 
"Hari ini pegawai kedutaan Russia bersama pegawai Jabatan Negara melakukan pemeriksaan terhadap tiga bangunan di San Francisco, New York dan Washington. Kerajaan Russia diarahkan agar menutupnya.
 
"Pemeriksaan dibuat untuk menjamin dan melindungi kemudahan serta mengesahkan kerajaan Russia sudah mengosongkannya. Ketiga-tiga premis sudah ditutup," katanya. 


Tags : Russia dagangan AS


Ruangan Komen