Array


 Dunia   

Sitharaman dilantik wanita pertama Menteri Pertahanan India

pada 04-09-2017 08:09 

Post Pic

 
NEW DELHI: Perdana Menteri India, Narendra Modi semalam menamakan seorang anggota Parlimen wanita negara ini sebagai Menteri Pertahanan yang baru.
 
The Straits Times melaporkan, pelantikan Nirmala Sitharaman menjadikan beliau sebagai wanita pertama memegang jawatan itu ketika India dilihat berdepan masalah ketegangan sempadan dengan China dan Pakistan.
 
Selain melantik Sitharaman, Modi turut menggugurkan Suresh Prabhu sebagai Menteri Pengangkutan India, tidak sampai seminggu selepas Prabhu ditawarkan untuk meletak jawatan susulan insiden tren yang meragut 10 nyawa Ogos lalu. 


Tags : Wanita pertama Menteri Pertahanan


Ruangan Komen