Array


 Dunia   

PBB bincang isu Korea Utara hari ini

pada 04-09-2017 08:09 

Post Pic

 
NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengadakan mesyuarat tergempar hari ini, bagi membincangkan tindak balas antarabangsa terhadap ujian nuklear terbaru Korea Utara.
 
Pegawai Amerika Syarikat dalam satu kenyataan berkata, mesyuarat itu diadakan susulan permohonan yang dikemukakan negara itu, selain Britain, Perancis, Jepun serta Korea Selatan dan ia dijadualkan berlangsung pada 10 pagi ini (waktu tempatan).
 
Katanya, mesyuarat itu diadakan dalam sesi terbuka berbanding lain-lain mesyuarat yang menyentuh isu Korea Utara sebelum ini, yang diadakan secara tertutup.
 
Semalam, Korea Utara meletupkan bom hidrogen yang direka untuk peluru berpandu jarak jauh dan Pyongyang menyifatkan ujian itu sebagai 'satu kejayaan besar'.
 
Terdahulu, Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres mengutuk ujian nuklear itu dan menganggap ia sebagai menjejaskan kestabilan dan keselamatan serantau, selain mendesak Pyongyang menghentikan tindakan berkenaan.
 
Sementara itu, di Washington, Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Jim Mattis mengancam untuk melaksanakan tindak balas ketenteraan secara besar-besaran, jika berlakunya serangan ke atas negara itu dan mana-mana sekutunya, susulan ujian senjata nuklear oleh Korea Utara.
 
Ketika ditemui di luar Rumah Putih, Mattis berkata: "Sebarang ancaman terhadap Amerika Syarikat atau wilayahnya, termasuk Guam atau negara sekutunya akan berdepan dengan tindak balas ketenteraan besar-besaran". 


Tags : PBB Korea Utara


Ruangan Komen