Array


 Dunia   

Kilang bas terbesar terbakar

pada 04-09-2017 11:09 

Post Pic

 
BRASILIA: Kebakaran di sebuah kilang bas terbesar di Caxias do Sul, di Rio Grande di sini, memaksa penduduk di sekitar kawasan itu dipindahkan ketika anggota bomba bertungkus-lumus mengawal keadaan.
 
Syarikat bas Marcopolo SA dalam satu kenyataan berkata, arahan itu dikeluarkan susulan kebimbangan berlaku letupan akibat kebakaran di kilang terbabit.
 
Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan setakat ini.
 
Sementara itu, laporan media Brazil menunjukkan asap hitam tebal kelihatan dari lokasi kejadian dan kebakaran dipercayai bermula di bahagian plastik kilang bas itu.
 
Sehingga kini tiada maklumat mengenai punca kebakaran atau kemusnahan diterima.


Tags : Kilang bas terbakar


Ruangan Komen