Array


 Dunia   

Tokyo, Washington terus tekan Pyongyang

pada 04-09-2017 12:09 

Post Pic

 
TOKYO: Menteri Luar Jepun, Taro Kono dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Rex Tillerson menyatakan persetujuan kedua-dua negara bekerjasama bagi memberi tekanan kepada Korea Utara menerusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
 
"Kami bersetuju supaya Jepun dan AS meningkatkan tekanan terhadap Korea Utara serta PBB, termasuk menguatkuasa resolusi yang diluluskan Majlis Keselamatan," kata Kono kepada pemberita selepas menghubungi Tillerson menerusi telefon.
 
Perbincangan antara Kono dan Tillerson itu diadakan susulan ujian nuklear kali keenam oleh Korea Utara, semalam.


Tags : Tokyo Washington Pyongyang


Ruangan Komen