Array


 Dunia   

Seoul, Washington tarik balik had berat kepala peledak

pada 05-09-2017 08:09 

Post Pic

SEOUL: Presiden Korea Selatan, Moon Jae-In dan rakan sejawatannya dari Amerika Syarikat (AS), Donald Trump hari ini bersetuju untuk menarik balik had berat kepala peledak peluru berpandu Seoul susulan ujian nuklear keenam Korea Utara.
 
Mengikut perjanjian peluru berpandu sedia ada antara AS dan Korea Selatan, kepala peledak peluru berpandu Seoul ketika ini memiliki had berat 500 kilogram (kg).
 
Kedua-dua presiden berkenaan membuat keputusan menerusi panggilan telefon, kata kenyataan Rumah Biru di mana mereka juga bersetuju ini adalah masanya untuk melaksanakan sekatan dan tekanan paling tegas ke atas Korea Utara.
 
Terdahulu Korea Selatan berkata, ia berbincang dengan AS berhubung pengerahan pesawat pengangkut dan pengebom strategik ke Semenanjung Korea selepas terdapat tanda Pyongyang mungkin melancarkan lebih banyak peluru berpandu.


Tags : Seoul Washington had berat kepala peledak


Ruangan Komen