Array

 Dunia   

Penerbangan pulang pertama jemaah haji di jangka tiba 7 Sept.

pada 06-09-2017 07:09 

Post Pic

MEKAH: Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia dari Jeddah akan tiba di tanahair pada pukul 3.10 pagi pada 7 September ini.
 
Penerbangan XY9003 yang membawa 420 jemaah haji itu akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz Jeddah pada pukul 1 tengahari 6 September.
 
Kesemua penumpang itu merupakan kumpulan pertama yang meninggalkan Mekah selepas melaksanakan ibadah haji pada musim 1438 hijrah ini.
 
Sementara sebahagian lagi jemaah haji Malaysia yang melakukan penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan terus ke Jeddah dan Mekah, telah pun mula meninggalkan Mekah untuk berada di Madinah bagi program ziarah dan ibadah di Masjid Nabawi.
 
Sementara itu di maktab penginapan jemaah haji Malaysia di hotel Zwar al-Bit, sebahagian besar jemaah telah mula melakukan penghantaran beg untuk `city check-in' bagi memudahkan mereka menaiki bas.
 
Beg besar yang dibawa itu telah diangkut dengan lori ke lapangan terbang dan proses `city check-in' itu dilakukan di maktab bagi memudahkan urusan semasa bergerak ke Jeddah.
 
Jemaah haji hanya perlu membawa beg seberat lima kilogram yang dibekalkan Tabung Haji sahaja untuk dibawa bersama semasa menaiki pesawat. 
 
Ruangan Komen