Array


 Dunia   

Cuba bunuh diri sebab trauma

pada 06-09-2017 08:09 

Post Pic

 
 
LONDON: Sekurang-kurangnya 20 mangsa yang terselamat dalam tragedi Grenfell Tower dan saksi terlibat dengan cubaan membunuh diri lapor Metro.Uk.
 
Pengasas Silence of Suicide, Yvette Greenway berkata sebab utama tindakan tersebut adalah tidak berupaya melupakan kejadian ngeri tersebut.
 
"Kami percaya ramai di antara mangsa terselamat dan saksi mempunyai 'post-traumatic stress disorder' (PTSD), kemurungan dan mencederakan diri sendiri.
 
"Kami turut difahamkan pekerja sosial telah memberikan risalah pada mereka yang terlibat namun tidak berbual dengan mangsa dan saksi itu," katanya.
 
Tragedi tersebut mengorbankan 80 nyawa dan mereka yang terselamat masih cuba menghadapinya.
 
Tambah Greenway lagi, tidak semuanya mengambil keputusan tersebut kerana kemurungan, ada juga kerana perasaan bersalah (kerana terselamat) serta tidak berupaya melupakan orang tersayang yang terkorban dalam nahas itu.
 
"Ada yang melihat jiran mereka jatuh daripada bangunan yang sedang terbakar, kanak-kanak kecil dijatuhkan. Semuanya masih terbayang di fikiran. Kesemua mereka memerlukan kaunseling segera," katanya lagi.


Tags : Bunuh trauma


Ruangan Komen