Array


 Dunia   

Anak bekas Presiden dipenjara 24 tahun

pada 06-09-2017 10:09 

Post Pic

 
NEW YORK: Mahkamah di sini menjatuhkan hukuman penjara 24 tahun ke atas Fabio Lobo, anak lelaki bekas Presiden Honduras, Porfirio Lobo, selepas didapati bersalah terbabit dalam penyeludupan dadah.
 
Hakim Mahkamah New York City, Lorna Schofield, berkata hukuman berat yang dikenakan ke atas Lobo itu dianggap amaran kepada anggota keluarga elit politik Amerika Latin.
 
Beliau berkata, Lobo menggunakan rangkaian hubungan dan menyalahguna kedudukannya sebagai anak lelaki bekas presiden untuk mengaut keuntungan menerusi aktiviti penyeludupan dadah.
 
Schofield berkata, selain hukuman penjara selama 24 tahun, Lobo juga terikat dengan perintah hukuman parol selama lima tahun.
 
Sementara itu, Lobo diberkas di Haiti pada 2015 dalam operasi bersama membabitkan ejen antidadah Amerika Syarikat (AS) dan polis Haiti.
 
Bagaimanapun, bapanya yang memegang jawatan sebagai Presiden Honduras antara 2010 hingga 2014, tidak menentang tindakan pihak berkuasa itu, sebaliknya mahu Lobo bertanggungjawab atas tuduhan yang dikenakan terhadapnya.
 
 


Tags : Bekas Presiden


Ruangan Komen