Array


 Dunia   

Polis Indonesia halang cubaan protes kepung candi Borobudur

pada 06-09-2017 01:09 

Post Pic

 
JAKARTA: Ketua Polis Indonesia Tito Karnavian mengharamkan sebarang protes membela penduduk Rohingya daripada diadakan di candi Borobudur di Jawa Tengah, sambil berkata krisis melibatkan Rohingya tidak ada kena mengena dengan agama Buddha.
 
“Saya sudah memerintahkan polis daerah menolak acara itu,” katanya dipetik media Indonesia.
 
“Ini adalah tempat yang dikunjungi banyak pelancong asing.”
 
Tito berkata pergolakan di Myanmar merupakan krisis antara penduduk Rohingya dan kerajaan, dan bukan isu agama.
 
Sebelum ini, lebih 30 organisasi yang mengadakan demonstrasi bergelar Aksi Bela Muslim Rohingya merancang mahu mengadakan pehimpunan “Gerakan Sejuta Umat Muslim Mengepung Candi Borobudur” pada Jumaat ini.
 
Antara yang terlibat ialah kumpulan Front Pembela Islam (FPI), Forum Aliansi Umat Islam Bersatu dan Front Jihad Islam.
 
Tito berkata beberapa pemimpin agama Buddha di Indonesia sudah menjelaskan serangan ke atas penduduk Rohingya tidak ada kena mengena dengan agama Buddha, dan oleh itu tidak sesuai kuil purba itu dijadikan sasaran.
 
Candi Borobudur yang terletak Magelang, Jawa Tengah dipercayai dibina pada sekitar tahun 800-an Masihi oleh penganut agama Buddha Mahayana.
 
Bangunan yang terdiri atas 6 teras bujur itu merupakan monumen Buddha yang terbesar di dunia dan dikurniakan status Warisan Dunia oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).


Tags : Polis Indonesia protes


Ruangan Komen