Array


 Dunia   

Taufan Irma: Enam terbunuh badai Caribbean

pada 07-09-2017 08:09 

Post Pic

 
MARIGOT: Sekurang-kurangnya enam terbunuh di St Martin, Kepulauan Caribbean selepas taufan Irma membadai keseluruhan wilayah itu, kata pegawai daerah, Eric Maire.
 
"Ini bukan angka akhir. Kami sedih dengan penemuan seterusnya," kata Maire kepada wartawan.
 
Terdahulu, Kementerian Luar Perancis memaklumkan dua kematian dan dua lagi cedera di St Barts dan St Martin.
 
Pegawai kaji cuaca Belanda berkata, Irma adalah taufan bersejarah dengan kepadatan tidak pernah berlaku di Atlantik, dengan menteri Perancis dipetik berkata ia sudah pun menyebabkan kerosakan teruk di kedua-dua wilayah.
 
Taufan Irma membadai pulau Caribbean semalam selepas mendarat di Barbuda, mengumpul kekuatan angin dan menyebabkan banjir besar di kawasan rendah.
 
Sebagai ribut Kategori Lima jarang berlaku yang melanda seluruh Caribbean, ia membawa angin sehingga 294 kilometer sejam, kata pakar cuaca.
 
Selepas membadai Barbuda, sebahagian pulau kembar Antigua dan Barbuda, taufan itu membadai Saint Barthelemy, juga dikenali sebagai St Barts, dan Saint Martin, pulau yang dibahagikan antara Perancis dan Belanda.
 


Tags : Taufan Irma Caribbean


Ruangan Komen