Array


 Dunia   

Kenakan sekatan minyak terhadap Korea Utara - AS

pada 07-09-2017 11:09 

Post Pic

 
NEW YORK: Amerika Syarikat mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menguatkuasakan sekatan minyak terhadap Korea Utara, selain bertindak membekukan aset pemimpinnya, Kim Jong-un.
 
Desakan itu dijangka meningkatkan ketegangan hubungan antara Washington dengan Russia dan China mengenai kaedah terbaik menangani isu ujian nuklear keenam Pyongyang, baru-baru ini.
 
Draf resolusi Majlis Keselamatan yang diperoleh menunjukkan sekatan bukan hanya membabitkan bekalan minyak dan gas, tetapi juga usaha menamatkan eksport tekstil serta pembayaran gaji kepada pekerja Korea Utara.
 
Tindakan itu dijangka menjejaskan pendapatan yang disalurkan kepada rejim pimpinan Kim Jong-un.
 
China enggan mengambil tindakan sewajarnya sejak sekian lama kerana khuatir ia menjejaskan kestabilan di kawasan sempadannya.
 
Sementara, Russia menganggap langkah memperketatkan sekatan ekonomi akan memburukkan lagi krisis kemanusiaan.
 
Dalam perbualan telefon dengan Presiden China, Xi Jinping, Presiden Donald Trump menegaskan tindakan ketenteraan terhadap Korea Utara bukan pilihan utama negaranya, sebaliknya memilih untuk melaksanakan sekatan diplomatik.
 
Duta Amerika Syarikat di PBB, Nikki Haley, berkata proses undian sekatan terbaru Majlis Keselamatan itu akan diadakan pada 11 September ini. 


Tags : Sekatan minyak Korea Utara


Ruangan Komen