Array


 Dunia   

Penduduk bantah pasang sistem THAAD

pada 07-09-2017 11:09 

Post Pic

 
SEOUL: Ratusan polis bertempur dengan penunjuk perasaan di Seongju City, yang membantah pemasangan sistem pertahanan antipeluru berpandu Terminal Altitud Tinggi (THAAD) di negara itu.
 
THAAD adalah sistem yang dibangunkan Amerika Syarikat dan pemasangan sistem itu adalah bagi melindungi Korea Selatan daripada ancaman Korea Utara.
 
Kementerian Pertahanan Korea Selatan, semalam mengesahkan sistem itu akan dipasang di sebuah bekas padang golf, yang terletak kira-kira 217 kilometer di selatan Seoul.
 
Ketika ini, dua pelancar roket dan radar berkuasa tinggi sudah ditempatkan di lokasi terbabit, sebagai sebahagian daripada sistem THAAD berkenaan.
 
Awal Isnin lalu, 8,000 anggota polis dikerah ke kawasan perkampungan Soseong-ri, yang menjadi satu-satunya laluan ke padang golf itu, bagi memecahkan sekatan yang dibuat 300 penduduk kampung dan orang ramai yang membantah sistem THAAD.
 
Menurut stesen bomba Seongju, insiden itu menyebabkan 38 penunjuk perasaan cedera dan daripada jumlah itu, 21 mangsa sudah dihantar untuk menerima rawatan di hospital.
 
Seorang penduduk Soseong-ri berkata, bantahan itu bukan bermotifkan politik, sebaliknya bagi membantah pemasangan sistem THAAD yang dikatakan akan menjejaskan kehidupan kira-kira 80 penduduk kampung.
 
Beliau berkata, ia berikutan kehadiran puluhan helikopter tentera, bas dan trak yang mengganggu aktiviti harian penduduk yang mengusahakan penanaman tembikai. 
 
 


Tags : Penduduk bantah sistem THAAD


Ruangan Komen