Array


 Dunia   

Raja Salman, Trump bincang krisis teluk

pada 07-09-2017 02:09 

Post Pic

 
WASHINGTON: Krisis diplomatik membabitkan Qatar dan beberapa negara teluk dijangka menjadi agenda utama pertemuan antara Raja Arab Saudi, Raja Salman dan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump di Rumah Putih pada awal tahun depan.
 
Rumah Putih dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua pemimpin yang mengadakan perbualan menerusi telefon baru-baru ini, bersetuju supaya satu pertemuan diadakan awal tahun depan.
 
Dalam perbualan itu juga, Raja Salman dan Trump bersetuju mengenai langkah sewajarnya perlu diambil untuk memperkukuhkan keselamatan dan kemakmuran di Asia Barat.
 
Amerika Syarikat ketika ini sedang giat menangani isu krisis diplomatik antara Qatar dan beberapa negara jirannya, yang diketuai oleh Arab Saudi. - AFP


Tags : Raja Salman Trump


Ruangan Komen