Array


 Dunia   

Anak Trump disiasat Senat

pada 08-09-2017 08:09 

Post Pic

 
WASHINGTON: Anak sulung Presiden Donald Trump disoal siasat dalam sesi tertutup semalam oleh penyiasat Senat berhubung kemungkinan kaitan antara kempen pilihan raya 2016 bapanya dan Russia.
 
Donald Trump Jr, yang berkhidmat sebagai Pengarah Eksekutif Pertubuhan Trump, mengelakkan kamera dan wartawan serta menyertai mesyuarat dalam kompleks Capitol Amerika Syarikat dengan penyiasat Jawatankuasa Perundangan Senat.
 
Beliau memberikan kenyataan pembukaan yang berlanjutan 10 hingga 15 minit, kata Senator Demokrat Dick Durbin, kepada wartawan.
 
Trump Jr, 39, menjadi tokoh utama dalam siasatan berhubung peranan Russia selepas bersetuju bertemu dengan peguam yang ada kaitan dengan Kremlin pada Jun 2016.
 
Penyiasat menyoal siasat Trump Jr berhubung pembabitannya dalam pertemuan itu.
 
"Itulah yang berlaku. Ini perkara penting," kata Durbin.
 
Pertemuan di Menara Trump di New York, yang menyaksikan pasukan kempen berjanji memberikan maklumat kepada pencabar Trump, Hillary Clinton, juga dihadiri menantu presiden itu, Jared Kushner dan pengurus kempennya, Paul Manafort. 


Tags : Letupan London


Ruangan Komen