Array


 Dunia   

Gempa bumi 6.1 landa Jepun

pada 08-09-2017 08:09 

Post Pic

 
 
TOKYO: Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud menggegarkan Kepulauan Bonin di Jepun, menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS).
 
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dikeluarkan.
 
USGS berkata, gempa itu mencatat kedalaman 450 kilometer pada jam 2.27 pagi waktu tempatan, kira-kira 770 kilometer di selatan Shimoda.
 
Sehubungan itu, Agensi Meteorologi Jepun berkata, gempa bumi berkenaan tidak menyebabkan ancaman tsunami. 


Tags : Gempa bumi Jepun


Ruangan Komen