Array


 Dunia   

1.2 juta penduduk terjejas akibat Irma

pada 08-09-2017 08:09 

Post Pic

 
GENEVA: Kira-kira 1.2 juta penduduk terjejas berikutan Taufan Irma, bilangan yang boleh melonjak kepada 26 juta, kata Pertubuhan Palang Merah semalam.
 
"Kebimbangan terbesar kami adalah di Barbuda dan tempat lain," kata pengarah Amerika bagi Persekutuan Palang Merah Antarabangsa dan Persatuan Bulan Sabit Merah (IFRC), Walter Cotte, dalam kenyataan.
 
Irma, antara ribut Atlantik paling kuat dalam rekod, menjadikan pulau Barbuda dan St Martin di Caribbean sebagai timbunan sampah.
 
IFRC yang beribu pejabat di Geneva berkata, Irma sudah pun menjejaskan kehidupan anggaran 1.2 juta penduduk dan memberi ancaman serius kepada jutaan lagi.
 
Pertubuhan itu menyatakan di Republik Dominica, Haiti dan Cuba 'anggaran 26 juta penduduk terdedah kepada angin kencang dan hujan lebat'.
 
Dana kecemasan awal sebanyak AS$631,000 (RM2.6 juta) dikeluarkan untuk membantu usaha persediaan di Republik Dominica dan Haiti, kata Palang Merah.
 
"Penduduk seluruh Caribbean memerlukan bantuan kita untuk bertahan dan pulih daripada ribut ini," kata Cotte. 


Tags : Penduduk terjejas Irma


Ruangan Komen