Array


 Dunia   

Isteri PM Israel bakal didakwa salah guna dana awam

pada 08-09-2017 11:09 

Post Pic

 
BAITULMAQDIS: Isteri Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, Sara Netanyahu akan didakwa atas penipuan barangan bernilai AS$115,000, lapor agensi berita China Xinhua.
 
Memetik laporan Channel 2 TV News, Peguam Negara Israel, Avichai Mandleblit dijangka mengumumkan perkara itu hari ini.
 
Sara disiasat kerana membuat pesanan serta tempahan barangan yang menimbulkan kesangsian, apabila melaporkannya sebagai perbelanjaan awam dan tidak membayar secara peribadi.
 
Beliau menempah hidangan istimewa serta membeli perabot taman untuk vila keluarga Netanyahu di Caesarea, sebuah bandar di tengah Israel dan mengisytiharkannya perbelanjaan awam.
 
Di samping itu, beliau turut disiasat kerana menggunakan seorang pegawai kediaman rasmi perdana menteri di Baitulmaqdis sebagai penjaga bapanya.
 
Pejabat Perdana Menteri bagaimanapun menafikan laporan itu.
 
Benjamin juga sedang disiasat atas dua kesalahan rasuah.
 


Tags : Isteri PM Israel dana awam


Ruangan Komen