Array


 Dunia   

Mexico digegar gempa bumi

pada 08-09-2017 02:09 

Post Pic

 
MEXICO CITY: Gempa bumi bermagnitud 8 menggegarkan selatan pantai Mexico sebentar tadi, kata Pusat Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS).
 
Kesan gegaran di bahagian tengah dan selatan negara itu memaksa penduduk lari dari bangunan kediaman untuk menyelamatkan diri.
 
Setakat ini, tiada laporan kemusnahan teruk diterima.
 
Agensi Pertahanan Awam Mexico berkata, ia adalah gempa paling kuat pernah melanda negara itu sejak gegaran pada 1985 yang meranapkan bangunan dan mengorbankan ribuan penduduk.
 
Seorang saksi berkata, penduduk Mexico City yang masih berbaju tidur lari menyelamatkan diri di jalan raya dan siren amaran kedengaran sejurus gempa berlaku menjelang tengah malam waktu tempatan.
 
Sebahagian kawasan kediaman terputus bekalan elektrik.
 
Pusat gempa dikesan 123 kilometer di barat daya bandar Pijijiapan, pada kedalaman 33 kilometer.
 
Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata gelombang tsunami yang meluas dan berbahaya mungkin berlaku. 
 


Tags : Mexico gempa bumi


Ruangan Komen