Array


 Dunia   

Disneyland, Zoo Miami ditutup akibat taufan Irma

pada 10-09-2017 10:09 

Post Pic

 
LAKE BUENA VISTA: Ancaman taufan Irma ternyata tidak mampu memadamkan keinginan orang ramai untuk bersuka-ria di Taman Tema Disney.
 
Premis hiburan terkenal dunia itu tetap dibuka sehingga jam 9 malam tadi, beberapa jam sebelum taufan berkenaan diramalkan melanda kawasan itu.
 
Kenyataan pengurusan taman tema menyebut empat taman Disney di barat daya Orlando akan ditutup hari ini dan esok, sekali gus memberi peluang untuk orang ramai berhibur dengan pelbagai tarikan yang ada sehingga saat akhir, malam tadi.
 
Beberapa taman hiburan lain di sekitar kawasan sama, iaitu saingan mereka seperti Universal Studios, Legoland dan Sea World juga dibuka semalam dalam keadaan cuaca yang nyaman serta turut dijadualkan ditutup hari ini dan esok.
 
Sementara itu, di MIAMI, pihak pengurusan Zoo Miami mengambil langkah awal dengan memindahkan semua haiwan, termasuk dari spesis terancam ke dalam tempat penyimpanan khas yang dibina dari konkrit tebal, awal pagi semalam.
 
Mereka turut menguji beberapa peralatan kecemasan sebagai persediaan menghadapi taufan itu yang dijangka tiba di Florida hari ini bersama angin kencang dan hujan lebat berterusan.
 
Pengarah Komunikasinya, Ron Magill, berkata fokus utama adalah pada mesin jana kuasa kerana ia membekalkan talian hayat untuk akuarium dan haiwan di dalam air.
 
"Jika ia tidak berfungsi, bekalan oksigen tidak dapat disalurkan di dalam air dan haiwan-haiwan itu pasti akan mati," katanya. 


Tags : Disneyland Miami taufan Irma


Ruangan Komen