Array


 Dunia   

Solidariti Taufan Atlanta bantu penduduk Florida

pada 10-09-2017 01:09 

Post Pic

 
ATLANTA: Berpegang pada prinsip kemanusiaan yang menebal, komuniti setempat di Georgia menawarkan kediaman masing-masing sebagai tempat berlindung kepada penduduk Florida yang terkandas dalam kesesakan jalan raya.
 
Inisiatif itu dimulakan oleh seorang guru, Mary Hoyt yang melihat sesuatu perlu dilakukan bagi membantu menangani keadaan itu.
 
Beliau menubuhkan Solidariti Taufan Atlanta, jaringan perkhidmatan tidak rasmi yang disebarkan secara lisan itu dan sehingga kini ia sudah membantu menempatkan 75 keluarga dari Florida.
 
"Kami ada lebih 300 kediaman dan masih menerima permintaan daripada pihak yang sudi membantu. Ternyata mereka sangat bermurah hati," katanya.
 
Pihak berkuasa Florida sudah mengarahkan sepertiga daripada keseluruhan 6.3 juta penduduk untuk berpindah sebelum ketibaan Taufan Irma yang dijangka melanda negeri itu, hari ini.
 
Segelintir penduduk memilih untuk kekal di kediaman masing-masing, manakala sebahagian besar lagi mematuhi arahan berkenaan walaupun tidak mempunyai tempat untuk berlindung.
 
Sementara itu, di litar lumba Atlanta Motor Speedway, petugas dilihat bertungkus-lumus membantu orang ramai berkhemah di sekitar kawasan itu, termasuk di Hampton, kira-kira 40 kilometer di selatan Atlanta. 


Tags : Solidariti Taufan Atlanta Florida


Ruangan Komen