Array


 Dunia   

Presiden Perancis serah bantuan di Saint Martin

pada 11-09-2017 10:09 

Post Pic

 
PARIS: Presiden Perancis, Emmanuel Macron akan mengadakan lawatan ke pulau Saint Martin esok, yang musnah selepas dilanda taufan Irma dan ribut Jose, baru-baru.
 
"Emmanuel Macron akan ke Saint Martin pada Selasa ini bersama bekalan bantuan," kata Menteri Dalam Negeri, Gerard Collomb kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Macron di sini, semalam.
 
Menurut laporan, Taufan Irma setakat ini sudah mengorbankan 10 mangsa di Saint Martin dan pulau berhampiran, Saint Barthelemy, manakala tujuh lagi dilaporkan masih hilang. - Reuters


Tags : Presiden Perancis Saint Martin


Ruangan Komen