Array


 Dunia   

Ulama terkemuka ditahan di Arab Saudi

pada 11-09-2017 10:09 

Post Pic

 
DUBAI: Tokoh agama terkemuka, Sheikh Salman al-Awdah dilaporkan ditahan pihak berkuasa Arab Saudi, minggu lalu dan pengkritik menganggap ia satu tindakan tegas kerajaan terhadap militan.
 
Sheikh Salman, seorang ulama berpengaruh pernah dipenjarakan dari 1994 hingga 1999 susulan desakan terhadap perubahan politik di negara itu dan mempunyai 14 juta pengikut di Twitter.
 
Dalam mesej terakhirnya di Twitter pada Jumaat lalu, beliau mengalu-alukan usaha untuk menamatkan persengketaan antara Qatar dan empat lagi negara di Teluk yang diketuai oleh Arab Saudi.
 
"Semoga Allah membuka hati mereka untuk mengatasi masalah ini demi kebaikan rakyat mereka," kata Sheikh Salman susulan laporan perbualan telefon antara Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad al-Thani dan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman, bagi membincangkan jalan penyelesaian menangani krisis yang bermula sejak Jun lalu itu.
 
Bagaimanapun, pihak berkuasa Arab Saudi gagal dihubungi bagi mengesahkan mengenai berita penahanan Sheikh Salman itu. 


Tags : Ulama Arab Saudi


Ruangan Komen