Array


 Dunia   

Trump lulus bantuan kewangan bantu Florida

pada 11-09-2017 10:09 

Post Pic

 
FLORIDA:  Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump meluluskan permintaan Florida bagi mendapatkan bantuan dana kecemasan persekutuan pada Ahad.
 
Ia bertujuan untuk membantu kerja-kerja pemulihan negeri itu yang musnah akibat dilanda taufan Irma.
 
Pembiayaan persekutuan termasuklah geran untuk perumahan sementara dan membaiki rumah, pinjaman kos rendah bagi menampung kerugian harta benda yang tidak diinsuranskan.
 
"Selan itu, ia juga bertujuan untuk membantu individu dan pemilik perniagaan pulih daripada kesan bencana," kata White House dalam kenyataan yang dikeluarkan.


Tags : Trump bantuan kewangan Florida


Ruangan Komen