Array


 Nasional   

Amanah tanding PRU14 bukan untuk seronok-seronok, kata Mat Sabu

pada 11-09-2017 01:09 
Oleh Nur Atiqah Abd Samad

Post Pic

 
PETALING JAYA: Amanah berkata partinya bukan 'seronok-seronok' bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), tetapi sebab mahu merampas kuasa daripada parti yang gilakan kuasa.
 
Presidennya, Mohamad Sabu atau Mat Sabu berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi yang sebelum ini  mendakwa Amanah kemaruk kuasa.
 
Kenyataan Sallehen itu menyusul selepas Amanah Selangor pada konvensyennya semalam menggesa Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali mengkaji semula kedudukan PAS dalam kerajaan negeri itu.  
 
"Memang kami nak ambil kuasa, tujuan (kami) bertanding kerana nak ambil kuasa. Bukan nak bertanding seronok-seronok.
 
"Kita masuk pilihan raya kerana nak ambil kuasa daripada orang gila kuasa," katanya kepada media di ibu pejabat PPBM, hari ini.
 
Konvensyen Amanah Selangor semalam meluluskan usul supaya Azmin menimbang semula kedudukan PAS di negeri itu.
 
Usul itu dicadangkan oleh Ketua Amanah Ampang, Mohd Anuar Mohd Yusof dan diterima perwakilan tanpa bantahan.
 
Mat Sabu turut mengulas hasrat Amanah Selangor yang mahu mencalonkan namanya pada PRU14.
 
Ujar beliau, sebagai presiden parti beliau layak dan tidak mempunyai masalah untuk bertanding di mana-mana negeri dan tidak semestinya di Selangor. 
 
"Banyak negeri mencadangkan nama saya, parti akan buat pendirian bila dekat dengan pilihan raya. (Tapi) tidak semesetinya Selangor, mana-mana pun boleh (sebab) saya presiden partikan," katanya secara seloroh.
 
Ketika ditanya mengenai keyakinannya untuk bertanding, Mat Sabu berkata beliau yakin selepas melihat sokongan daripada penyokong PH ketika turun padang.
 
"Saya tiap-tiap kali PRU bertanding. (Saya bertanding) kerana tengok himpunan, konvensyen Amanah sambutan begitu baik. 
 
"Konvensyen Bersatu peringkat nasional, mereka yang datang tu pada pandangan saya adalah muka-muka yang tak pernah mengundi selain daripada BN. Ertinya PRU akan datang tak akan ada kalah (kerusi) tapi ada penambahan kerusi lagi," katanya lagi.
 
-ze-
 


Tags : Amanah PRU14 Mat Sabu


Ruangan Komen