Array


 Dunia   

Tujuh maut ditembak suspek bersenjata di Dallas

pada 11-09-2017 02:09 

Post Pic

 
DALLAS: Seorang lelaki bersenjata menembak mati tujuh individu di sebuah rumah di pinggir bandar Dallas, sebelum suspek mati ditembak polis yang tiba di lokasi kejadian tidak lama kemudian.
 
Menurut pihak berkuasa kepada Dallas Morning News, kejadian berlaku di Plano yang terletak di utara Dallas.
 
Namun, pihak berkuasa Plano tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan butiran lanjut insiden itu.
 
Setakat ini, tiada maklumat diperoleh mengenai hubungan antara penyerang dan mangsa kejadian itu. - Reuters


Tags : maut bersenjata Dallas


Ruangan Komen