Array


 Nasional   

Zakaria FGV akan ketahui nasibnya hari ini hasil siasatan dalaman

pada 11-09-2017 03:09 

Post Pic

 
 
KUALA LUMPUR: Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Datuk Zakaria Arshad yang kini bercuti susulan siasatan dalaman, akan mengetahui nasibnya hari ini.
 
Bercakap kepada pemberita selepas pusingan akhir siasatan itu, Zakaria berkata beliau difahamkan lembaga pengarah FGV akan bermesyuarat hari ini untuk membuat keputusan.
 
Beliau berkata siasatan itu yang membabitkan urusan antara anak syarikat FGV Delima Oil Products Sdn Bhd dan rakan perniagaannya Safitex Trading LLC, berlangsung selama empat jam.
 
"Saya harap semuanya berjalan dengan baik. Saya tidak mahu 'mengulas' (mengenai keputusan). Saya serahkan kepada kebijaksanaan lembaga pengarah, termasuk pengerusi baru, untuk menilai kes ini," katanya.
 
Pengerusi baru FGV Datuk Wira Azhar Abdul Hamid yang memulakan tugas hari ini, mengadakan mesyuarat pertamanya bersama pegawai pengurusan kanan pagi tadi, dan dijadualkan mengadakan mesyuarat pengurusan pada sebelah petang.
 
Zakaria berkata beliau tidak dapat bertemu Azhar disebabkan jadual ketat pengerusi berkenaan.
 


Tags : Zakaria FGV siasatan dalaman


Ruangan Komen