Array


 Nasional   

Cikgu meninggal dalam bilik guru selepas diserang sakit jantung

pada 11-09-2017 05:09 

Post Pic

 
KUALA TERENGGANU: Seorang guru Bahasa Inggeris Sekolah Menengah Agama (SMA) Marang, meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung dalam bilik guru sekolah itu, tengah hari tadi.
 
Mohd Nasir Harun, 53, ditemui terbaring dan tidak sedarkan diri di belakang mejanya oleh seorang guru lain, selepas dikatakan mahu berehat sementara menunggu waktu rehat jam 12.30 tengah hari.
 
Difahamkan, mangsa tidak memberi tindak balas ketika diperiksa oleh guru lain sebelum pihak sekolah menghubungi pasukan perubatan untuk pemeriksaan.
 
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi negeri, A Latiff Awang, berkata jenazah Mohd Nasir kemudian dihantar ke Masjid Banggol Pauh, Seberang Takir, berhampiran kediaman keluarganya, untuk disembahyangkan.
 
Beliau berkata, pihak sekolah menghantar sebuah bas bersama pelajar untuk turut mengiringi jenazah Allahyarham Nasir sebelum dikebumikan.
 
"Arwah sudah berkhidmat selama 27 tahun sebagai guru Bahasa Inggeris di sekolah ini dan pemergiannya amat menyedihkan pihak sekolah," katanya ketika dihubungi BH sebentar tadi.
 
A Latiff turut berkesempatan menziarah jenazah Mohd Nasir di sekolah itu.


Tags : Cikgu BI meninggal


Ruangan Komen