Array


 Nasional   

Sultan Kedah Raja Pemerintah disanjung tinggi - PM

pada 11-09-2017 06:09 

Post Pic

 
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa dukacitanya diatas kemangkatan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Anak Bukit hari ini.
 
Perdana Menteri juga merafak sembah takziah kepada kerabat diraja Negeri Kedah. 
 
Najib berkata, Almarhum Tuanku merupakan seorang Raja Pemerintah yang disanjung tinggi sepanjang tempoh menyandang jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi dua penggal.
 
Menurut Najib Almarhum Tuanku sebagai Pemerintah negeri Kedah seorang yang peramah, mesra, berhemah tinggi dan amat disayangi rakyat.
 
"Innalillahiwainnailaihirojiun. Saya berasa sedih dan dukacita menerima berita kemangkatan Tuanku Sultan Kedah sebentar tadi. Almarhum Tuanku dan saya mempunyai hubungan yang akrab sama ada atas kapasiti rasmi atau peribadi selama ini.
 
"Patik secara peribadi dan bagi pihak Kerajaan Persekutuan dengan penuh kesedihan merafak sembah takziah kepada kerabat diraja Negeri Kedah. Semoga roh Almarhum dirahmati Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman. Al-Fatihah," kata Najib.
 
Tuanku Abdul Halim mangkat di Istana Anak Bukit kira-kira pukul 2.30 petang tadi.
 



Ruangan Komen