Array


 Dunia   

Peru usir duta Korea Utara

pada 12-09-2017 08:09 

Post Pic

 
LIMA: Peru memutuskan untuk mengusir duta Korea Utara ke negara itu sebagai bantahan kepada tindakan Pyongyang melanggar resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
 
Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, tindakan itu juga diambil dibuat ekoran kedegilan Pyongyang yang tidak mahu menghentikan program pembangunan nuklearnya.
 
Sehubungan itu, katanya, duta Korea Utara, Kim Hak-chol diberi tempoh lima hari untuk meninggalkan Peru.
 
Pengumuman itu dibuat susulan tindakan sama oleh Mexico minggu lalu, selain menyahut seruan Naib Presiden Amerika Syarikat, Mike Pence bulan lalu yang meminta semua negara di Amerika Latin mengusir duta Korea Utara dari negara masing-masing.


Tags : Peru Duta Korea Utara


Ruangan Komen