Array


 Dunia   

Satu maut, 17 cedera Taufan Irma badai Haiti

pada 12-09-2017 08:09 

Post Pic

 
PORT-AU-PRINCE: Seorang lelaki disahkan maut, manakala seorang mangsa dilaporkan masih hilang dalam banjir akibat Taufan Irma yang membadai Haiti.
 
Menurut pihak berkuasa, mangsa yang maut dipercayai dihanyut arus ketika cuba menyeberangi sungai di Mirebalais di tengah Haiti pada Sabtu lalu.
 
Kementerian Dalam Negeri berkata, empat lagi penduduk yang cuba menyeberangi sungai berkenaan berjaya menyelamatkan diri.
 
Sementara itu, mayat seorang lagi penunggang motosikal yang dihanyutkan arus sebuah lagi sungai di wilayah yang sama, masih belum ditemui.
 
Menurut pihak berkuasa, 17 orang cedera akibat Taufan Irma yang melanda negara itu pada Khamis lalu.
 
Taufan itu turut menjejaskan 5,000 kediaman dan pihak berkuasa mengisytiharkan 8,000 penduduk sebagai mangsa bencana.


Tags : Taufan Irma Haiti


Ruangan Komen