Array


 Dunia   

Dua tentera British didakwa terbabit aktiviti neo-Nazi

pada 12-09-2017 08:09 

Post Pic

 
 
LONDON: Tiga lelaki, termasuk dua tentera British dituduh mengikut undang-undang keganasan kerana menganggotai kumpulan neo-Nazi yang diharamkan.
 
Mikko Vehvilainen, 32, dan Mark Barrett, 24, masing-masing yang bertugas di Cyprus dan Wales dituduh menjadi anggota kumpulan haluan kanan, Tindakan Kebangsaan, yang diharamkan Kerajaan Britain, tahun lalu.
 
Selain itu, Vehvilainen dan tertuduh ketiga, Alexander Deakin, 22, turut didakwa memiliki dokumen yang digunakan bagi aktiviti keganasan.
 
Setakat ini, lima lelaki, termasuk empat anggota tentera yang masih bertugas sudah ditahan, minggu lalu kerana disyaki terbabit dalam aktiviti pengganas, iaitu hasil siasatan yang diketuai oleh unit antipengganas polis Midlands Barat.
 
"Penahanan itu sudah dirancang lebih awal hasil risikan yang dijalankan dan ia tidak menjejaskan keselamatan awam," kata polis dalam satu kenyataan.
 
Kumpulan Tindakan Kebangsaan diharamkan pada Disember lalu, iaitu enam bulan selepas insiden pembunuhan penggubal undang-undang, Jo Cox oleh penyokong puak haluan kanan.
 
Cox yang juga ahli Parlimen yang mewakili Parti Buruh ditembak dan ditikam hingga mati oleh Thomas Mair pada Jun 2016.
 
 


Tags : Tentera British neo-Nazi


Ruangan Komen