Array


 Dunia   

Dua anggota Daesh ditahan di Arab Saudi

pada 12-09-2017 08:09 

Post Pic

 
RIYADH: Dua anggota militan Daesh warga Yaman berjaya ditahan pihak berkuasa Arab Saudi atas tuduhan melancarkan serangan di negara itu.
 
Dalam kenyataan yang disiarkan agensi berita rasmi, Saudi Press Agency, pihak berkuasa berkata, pasukan keselamatan berjaya mematahkan cubaan serangan menggunakan jaket pengebom nekad di dua bangunan Kementerian Pertahanan di Riyadh.
 
Yang turut ditahan, dua warga Arab Saudi kerana disyaki terbabit dalam rancangan pengeboman berkenaan.
 
Bagaimanapun, kenyataan itu tidak mendedahkan bila tangkapan itu dibuat.
 
Arab Saudi kini mengetuai tentera pakatan yang menyokong Kerajaan Yaman, pimpinan Presiden Abedrabbo Mansour Hadi, selepas pemberontak Huthi yang mendapat sokongan Iran memaksa beliau hidup dalam buangan.


Tags : Daesh Arab Saudi


Ruangan Komen