Array


 Nasional   

Halimah bakal catat sejarah sebagai wanita pertama jadi presiden Singapura

pada 12-09-2017 11:09 

Post Pic

 
SHAH ALAM: Halimah Yacob, bekas speaker parlimen Singapura bakal diangkat sebagai presiden Republik itu esok, lapor Berita Harian Singapura.
 
Jabatan Pilihan Raya (ELD) dalam satu kenyataan media semalam berkata, Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden (PEC) menerima lima permohonan tetapi hanya satu Sijil Kelayakan dikeluarkan, yang mana difahamkan penerima sijil tersebut adalah Halimah.
 
Ia bermakna pilihan raya presiden tidak akan diadakan, dan beliau akan diisytiharkan sebagai presiden selepas pancalonan ditutup pada hari penamaan calon 13 September ini.
 
Pemilihan kali ini dikhaskan bagi calon Melayu. Beliau bakal mencatat sejarah sebagai orang Melayu kedua diangkat sebagai presiden selepas Yusuf Ishak (1965 - 1970), yang merupakan presiden pertama republik.
 
PEC dalam kenyataan berkata, tiga daripada lima pemohon, termasuk Halimah, mengisytiharkan mereka adalah anggota masyarakat Melayu.
 
Dua lagi pemohon adalah Ketua Pegawai Eksekutif Second Chance Properties Mohamed Salleh Marican, dan pengerusi Bourbon Offshore Asia Farid Khan Kaim Khan.
 
Namun PEC menolak permohonan kedua-duanya. 
 
 
 
-sh-


Tags : Halimah Singapura


Ruangan Komen