Array


 Nasional   

Tun Mahathir hanya anggap PAS 'kacau daun' - penganalisis

pada 12-09-2017 12:09 
Oleh Athirah Hanapiah

Post Pic

 
SHAH ALAM: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad hanya menganggap PAS sebagai 'kacau daun' jika parti itu bersetuju untuk jalinkan kerjasama politik dengan gagasan itu.
 
Penganalisis politik, Prof Dr Salawati Mat Basir berkata parti tajaan Dr Mahathir, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sudah mensasarkan untuk meletakkan calon di kerusi milik PAS pada pilihan raya akan datang.
 
Justeru tidak hairanlah mengapa Dr Mahathir begitu kritikal dan cuba menghalang rundingan antara PAS dan PKR dalam kerangka PH, berjaya, kata Salawati.
 
"Tun Mahathir dia baru, jadi dia berharap parti dia akan diberi sokongan. Jadi kalau PAS ada (dalam PH) ia dikira macam 'kacau daun', jadi biarlah tidak ada.
 
"Ya (survival Tun M), sebab kalau tidak mana lagi dia nak dapat kerusi (untuk ditandingi pada pilihan raya nanti)," katanya ketika dihubungi Antarapos. 
 
Salawati sebelum itu ditanya reaksi Dr Mahathir yang tetap menganggap warkah Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara baru-baru ini sebagai 'masalah'.
 
Warkah itu menyaksikan Anwar mengesahkan beliau meminta rundingan antara PKR-PAS diteruskan menuju pilihan raya akan datang, dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali diamanahkan untuk menjalankan tugas itu.
 
Salawati kemudiannya berkata, Dr Mahathir enggan memahami betapa PKR memerlukan PAS untuk survival politiknya pada pilihan raya akan datang.
 
"PKR melihat kalau tiada PAS (dalam gagasan PH), mereka akan susah, dia (PKR) perlukan sokongan orang PAS untuk terus menang.
 
"(Tapi) Tun Mahathir tidak suka PAS, jadi kalau PAS tiada, dia ok," katanya.
 
Salawati kemudiannya berkata Dr Mahathir kini terdesak sementelah beliau masih baru bergelar pemimpin pembangkang, yang serba terhad aksesnya tidak seperti kuasa yang beliau ada suatu ketika dahulu dalam Umno.
 
"Tun Mahathir mungkin masih terbawa-bawa cara dia sedangkan dia orang baru dalam Pakatan Harapan. Pakatan ada cara dia sendiri, jadi benda ini mengusutkan sedikit perhubungan dalam pakatan itu sendiri," katanya.
 
-ze-


Tags : Tun Mahathir PAS penganalisis


Ruangan Komen