Array


 Nasional   

Anwar cuba ancam saksi RCI, kata JASA

pada 12-09-2017 12:09 

Post Pic

 
SHAH ALAM: Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai mengancam saksi di prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang menyiasat skandal Bank Negara dalam urus niaga mata wang asing (forex), demikian kenyataan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).
 
Anwar memberi keterangan sebgai saksi ke-21 pada Khamis, 7 September lalu.
 
JASA, menerusi Panel Penasihatnya, Tun Faisal Ismail Aziz menyifatkan keterangan Anwar yang menyentuh salah seorang saksi RCI, Datuk Abdul Murad Khalid adalah lebih berat malah tertakluk dalam Seksyen 12(2) Akta Suruhanjaya Siasatan 1950.
 
"Dalam laporan tersebut, laporan berita portal menyatakan reaksi balas Anwar terhadap kenyataan dibuat bekas timbalan gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid semasa prosiding RCI pada 21 Ogos lalu.
 
"Anwar - seperti laporan portal itu - mendakwa kenyataan Murad adalah "palsu belaka".
 
"Selain mendakwa Murad menipu, Anwar turut mendakwa bahawa, kenyataan Abdul Murad itu bernada sindiran, berniat jahat dan menunjukkan seolah-olah mahu kerugian dialami Bank Negara ditutup daripada pengetahuan ramai," katanya dalam satu kenyataan semalam.
 
Tun Faisal mempersoal kandungan kenyataan Anwar yang mendakwa Abdul Murad sebagai seoran penipu malah mengakui memusuhi pegawai kerajaan itu sejak 1999 dengan membuat akuan berkanun palsu.
 
"Nada dan dakwaan Anwar ini nampaknya lebih menepati deskripsi kesalahan di bawah Seksyen 12(2), iaitu mencela mana-mana orang kerana telah memberikan keterangan, atau disebabkan oleh keterangan yang telah diberikan di hadapan pesuruhjaya," katanya.
 
Sebelum ini Ketua Pengarah JASA, Datuk Dr Puad Zarkashi turut memberikan responnya terhadap kenyataan bekas penasihat Bank Negara Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang didakwanya cuba melindungi Tun Dr Mahathir Mohamad.
 
-ai-
 


Tags : JASA RCI Forex Tun Faisal


Ruangan Komen