Array


 Nasional   

Surendran: Kenyataan Anwar tentang Murad adalah bantahan, bukan ancaman

pada 12-09-2017 02:09 

Post Pic

 
SHAH ALAM: Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas penolong gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Abdul Murad Khalid adalah bantahan, demikian menurut peguam N. Surendran.
 
Beliau menepis kenyataan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), menerusi Panel Penasihatnya, Tun Faisal Ismail Aziz yang menyifatkan keterangan Anwar pada prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang menyiasat kerugian mata wang asing (forex) sebagai ancaman.
 
Terdahulu Tun Faisal berkata kenyataan Anwar selaku saksi ke-21 dalam prosiding itu sebagai memberi ancaman kepada keterangan Murad.
 
“Dalam kenyataannya Anwar hanya respons kepada dan membantah tuduhan dibuat saksi Murad Abd Khalid di RCI.
 
“Ia prinsip asas yang bantahan terhadap bukti tidak boleh dianggap mengancam atau menghina saksi,” kata Surendran dalam satu kenyataan hari ini.
 
Tun Faisal turut menyifatkan keterangan Anwar yang menyentuh Abdul Murad adalah lebih berat malah tertakluk dalam Seksyen 12(2) Akta Suruhanjaya Siasatan 1950.
 
Surendran dalam kenyataan balasnya terhadap Tun Faisal keterangan Anwar perlu dianggap penting terhadap prosiding berkenaan.
 
“Anwar ialah menteri kewangan pada masa itu, dan maka beliau saksi penting. Pada masa beliau membuat kenyataan itu, suruhanjaya belum lagi mengesahkan yang Anwar akan dipanggil sebagai saksi, walaupun peguamnya berulang kali berkata beliau bersedia dan sanggup memberi keterangan.
 
“Maka, demi kepentingan umum, Anwar ingin menyatakan kebenaran dengan membuat kenyataan umum. Hanya selepas itu, beliau dibenarkan memberi keterangan di RCI,” katanya.
 
Sebelum ini Ketua Pengarah JASA, Datuk Dr Puad Zarkashi turut memberikan responnya terhadap kenyataan bekas penasihat Bank Negara Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang didakwanya cuba melindungi Tun Dr Mahathir Mohamad.
 
-ai-


Tags : Anwar RCI Forex


Ruangan Komen