Array


 Nasional   

Tunku Sallehuddin diisytihar Sultan Kedah baru

pada 12-09-2017 02:09 

Post Pic

 
ALOR SETAR: Raja Muda Kedah, Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah diisytiharkan sebagai Sultan Kedah baru.
 
Pengisytiharan itu dibuat di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit sebentar tadi setelah kemangkatan Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah. 
 
Pengumuman pengisytiharan pelantikan itu dilakukan oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah sejurus sebelum jenazah Almarhum Tuanku Abdul Halim dibawa keluar untuk istiadat pemakaman.
 
Tunku Sallehuddin, 75, adalah juga adinda Almarhum Tuanku Abdul Halim.
 
Pemilihan raja pemerintah baru ditentukan menerusi Majlis Mesyuarat Mengangkat Raja setelah kemangkatan Sultan Kedah.
 
Tunku Sallehuddin diputerakan pada 30 April 1942 dan mendirikan rumah tangga dengan Tengku Maliha Tengku Ariff.
 
Mereka dikurniakan dua putera.
 
Baginda diisytihar sebagai Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah menggantikan Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah yang mangkat pada 21 Mei 2014 dan memegang jawatan itu sehingga 12 Disember 2016.
 
Jemaah Pemangku terbubar secara sendiri apabila Tuanku Abdul Halim menamatkan tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14.
 
Tunku Sallehuddin merupakan anakanda kesembilan daripada 14 putera dan puteri Sultan Kedah ke-26, Sultan Badlishah Sultan Abdul Hamid Halim Shah, yang memerintah Kedah dari 1943 hingga 1958.
 
 
 
-sh-


Tags : Tunku Sallehuddin Sultan Kedah


Ruangan Komen