Array


 Nasional   

PAS minta penganjur pesta arak jaga sensitiviti masyarakat Islam

pada 12-09-2017 03:09 

Post Pic

 
SHAH ALAM: PAS menggesa masyarakat bukan Islam menjaga sensitiviti dengan penganjuran mana-mana program yang melibatkan minum beralkohol.
 
Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad ketika diminta mengulas penganjuran pesta arak pada Oktober depan, berkata tindakan itu perlu untuk memelihara agama Islam sebagai agama persekutuan.
 
"Arak memang bertentangan dengan Islam jadi kita sedar sepatutnya tidak memperbesarkan perkara ini memandangkan agama rasmi kita Islam dan kena jaga sensitiviti umat Islam dalam hal ini.
 
"Kita adalah masyarakat berbilang kaum dan dengan masyarakat majoriti yang bilangan umat Islam yang tinggi dan sesiapa yang ingin menganjurnya apa-apa aktiviti sebagainya harus lebih sensitif tentang perkara ini," kata Iskandar sebagaimana memetik Malaysiakini.
 
PAS dikatakan sedang mempertimbangkan keperluan untuk mengadakan protes terhadap penganjuran Better Beer Festival 2017 yang diadakan pada 6 Oktober depan di ibu negara.
 
Pesta itu merupakan acara tahunan bertujuan untuk merasai produk pengeluar bir bebas.
 
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Riduan Mohd Nor pada semalam meluahkan rasa kesalnya terhadap pemilihan Malaysia sebagai penganjur pesta itu meskipun ia diadakan untuk tujuan pelancongan dan untuk bukan Islam.
 
 


Tags : Iskandar PAS pesta arak


Ruangan Komen