Array


 Nasional   

SPRM: Siasatan kes FGV, pembelian hotel Felda selesai bulan ini

pada 12-09-2017 03:09 

Post Pic

 
 
KUALA LUMPUR: Siasatan terhadap pembelian hotel Felda dan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) dijangka selesai bulan ini, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad.   
 
“Saya nak nyatakan di sini, siasatan yang libatkan FGV dan juga siasatan yang melibatkan (Hotel) Merdeka Palace ada sikit lagi,” katanya dipetik Malaysiakini.
 
“Insya-Allah selepas siasatan, kita akan angkat kertas siasatan dengan cadangan kita kepada Jabatan Peguam Negara dan Peguam Negara untuk buat keputusan. Tak lama dalam bulan ini,” katanya dalam sidang media di LRT Masjid Jamek di ibu negara.
 
Julai lalu Dzulkifli mengarahkan kertas siasatan dibuka untuk menyiasat pembelian hotel di Kuching itu yang disyaki dibeli dengan harga yang lebih tinggi daripada pasaran. 
 
Beberapa individu turut ditahan bagi membantu siasatan berhubung pembelian hotel berkenaan pada 2014.
 
SPRM membuka kertas siasatan berhubung pembelian hotel di Kuching susulan maklumat yang diterima oleh pasukan penyiasat ketika menjalankan siasatan terhadap pembelian hotel di London oleh FIC sebelum ini.  
 
Sementara itu, SPRM pada 9 Jun lalu mengesahkan telah memulakan siasatan terhadap FGV berhubung tunggakan bayaran syarikat Safitex kepada anak syarikat FGV iaitu Delima Oil Products.
 
 
 
-sh-


Tags : SPRM FGV Felda


Ruangan Komen