Array


 Nasional   

Kerajaan mahu perkenal subjek Alam Sekitar pada 2019

pada 12-09-2017 03:09 

Post Pic

 
 
IPOH: Kerajaan merancang melaksanakan sukatan mata pelajaran Alam Sekitar sekurang-kurangnya dalam tempoh dua tahun akan datang, demikian menurut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
 
Beliau memberitahu kertas cadangan itu sedang dibincangkan di peringkat Kementerian Pendidikan sebelum dibawa ke Kabinet, awal tahun depan.
 
Wan Junaidi memaklumkan respon Kementerian Pendidikan terhadap cadangan itu juga positif, malah turut mahukan ia diperkenalkan di peringkat universiti.
 
“Sebenarnya kita rancang dari peringkat tadika lagi, kita mungkin buat buku pamplet untuk kanak-kanak melihat binatang-binatang umpamanya, bagaimana menyintai binatang, alam sekitar, jadi kita perkenalkan dari awal lagi,” katanya selepas menjadi panel dalam sesi Dialog ASEAN sempena Dialog Pangkor 2017 di Amanjaya Convention Centre di Pulau Pangkor, hari ini.
 
Cadangan mata pelajaran itu untuk diperkenalkan dalam sistem pendidikan bertujuan untuk memberi dan meningkatkan kesedaran generasi muda berkenaan kepentingan menjaga alam sekitar, serta peranan yang perlu dimainkan oleh setiap individu.
 
 
-ai-


Tags : Wan Junaidi kementerian pendidikan


Ruangan Komen