Array


 Nasional   

Pemuda PAS Kelantan gesa polis siasat Siti Kassim

pada 12-09-2017 04:09 

Post Pic

 
 
KOTA BHARU: Tindakan Siti Kassim dan dua individu lain yang menghina Nabi Ibrahim a.s, Nabi Ismail a.s, para ulama dan agama Islam baru-baru ini perlu segera disiasat.
 
Gesaan itu disuarakan Pemuda PAS Kelantan terhadap pihak polis selepas menyifatkan ketiga-tiga mereka bertindak melampaui batas dan mencemarkan kesucian Islam.
 
Selain Siti Kassim, dua lagi individu yang disebut adalah pemimpin parti pembangkang iaitu David Orak dan Ronnie Liu.
 
“Dalam laman sosial Facebook pada 1, 7 dan 8 September lalu, Siti Kassim dan David Orak membuat kenyataan yang menyimpang daripada Islam sebenar.
 
“Tindakan mereka boleh mengelirukan umat Islam jika tidak dihalang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, di sini hari ini.
 
 
-ai-


Tags : PAS Kelantan Siti Kassim


Ruangan Komen